<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8523676164177271203\x26blogName\x3dMELAYU\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://whoooda.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://whoooda.blogspot.com/\x26vt\x3d5490937411891293136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, October 3, 2007;8:11 PM Y
I Love The Sweet Love !
Tulang reput bukan masalah warga emas

MASALAH osteoporosis atau tulang reput tidak hanya berlaku di kalangan golongan tua, sebaliknya yang muda juga tidak terkecuali, khususnya wanita selepas menopaus.
Hakikinya, kemerosotan jisim tulang yang menyebabkan osteoporosis bermula pada usia muda, lebih-lebih lagi individu yang kekurangan zat untuk membina tulang.
Oleh itu tabiat pemakanan dan pilihan jenis makanan yang diambil amat penting pada setiap individu.
Usia muda bukan bermakna tulang seseorang cukup sihat,
tetapi ada faktor lain yang boleh mempengaruhi seseorang itu menghadapi masalah tulang. Pengalaman itu dialami bekas atlit negara, Zaiton Othman yang memenangi pingat emas bagi acara heptatlon dalam beberapa kali Sukan SEA dan pernah disahkan mempunyai tulang seperti wanita tua berumur 75 tahun, padahal, ketika itu beliau baru 32 tahun.
Masalah itu mula dikesan apabila ahli sukan berkenaan terbabit dalam kemalangan jalan raya di Amerika Syarikat ketika melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana.
Zaiton yang kini Pengarah Kebajikan Atlit, Majlis Sukan Kebangsaan, kemudian dibawa berjumpa kiropraktor (ahli tulang belakang) untuk menjalani pemeriksaan tulang belakang kerana bimbang jika ada keretakan.


"Pakar berkenaan berkata kepada saya 'awak mesti ahli sukan yang terlalu banyak melakukan senaman. Senaman itu bagus tetapi jika keterlaluan, ia tidak baik untuk kesihatan tulang. Walaupun awak ahli sukan, keadaan tulang awak sama seperti wanita tua berumur 75 tahun'. "Pakar itu turut memberitahu, jika tidak berhati-hati dan mengubah tabiat pemakanan, saya berisiko tinggi mengalami keretakan tulang kerana tulang saya sangat rapuh. Saya terkejut mendengar perkara ini. Sebagai seorang atlit, berita itu amat menghancurkan hati. Saya berasa sihat selama ini, tetapi tidak menyedari bahawa tulang dalaman saya seperti tulang seseorang yang berumur sudah tua," katanya menceritakan pengalaman itu pada majlis pelancaran susu tepung baru, Anlene Nano-Kalsium d Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Susu tepung baru itu dirumus dengan formulasi baru tulang yang menyeluruh dan mengandungi inovasi terkini dalam kandungan kalsium iaitu Nano-Kalsium, satu bentuk kalsium mikroskopik unik yang dikatakan 100 kali lebih kecil daripada kalsium biasa. Dilahirkan dalam keluarga miskin dan tiada pengetahuan mengenai pemakanan sihat, Zaiton mengakui, tidak mustahil mengalami masalah tidak cukup zat. Selain itu, beliau terbabit dalam sukan secara aktif sejak berumur sembilan tahun dan mewakili negara pada usia 16 tahun. "Pakar menasihatkan saya supaya sentiasa berhati-hati kerana senaman lasak boleh memburukkan lagi kesihatan tulang, terutama jika tidak mengamalkan gaya pemakanan sihat," katanya. Walaupun terkejut dan sedih, Zaiton tidak mahu perkara itu mengganggu hidupnya. Sebagai ahli sukan, beliau perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan tulangnya. Sejak itu Zaiton mula mengamalkan minum susu dan makan makanan berasaskan susu setiap hari kerana di Barat, harga susu sangat murah sama seperti air mineral. Pada masa sama, beliau tetap aktif dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sukan kerana beliau tahu senaman juga penting untuk meningkatkan tahap kesihatan tulangnya; walaupun tulangnya disahkan mula mengalami masalah osteoporosis. Katanya, apabila balik ke tanah air, amalan minum susu diteruskan sehingga hari ini. Kini, Zaiton tidak begitu risau lagi memiliki masalah tulang yang dihadapi sebelum ini. Selain mengajar, beliau tetap aktif bersukan dan mewakili negara dalam Sukan Veteran Dunia. "Walaupun disahkan tulang kita mengalami kemerosotan, kita masih boleh membetulkan keadaan dengan mengubah cara hidup dan tabiat pemakanan. Bagaimanapun, pemakanan saja tidak cukup kerana tulang yang kuat memerlukan senaman," katanya. Pakar Bedah Ortopedik dan Trauma, Dr Chin Chee Howe, berkata osteoporosis adalah masalah global yang berlaku pada wanita dan lelaki pada semua peringkat umur. Bagaimanapun, masalah ini lebih ketara pada wanita selepas menopaus, terutama di kalangan wanita Asia. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 50 peratus kes keretakan tulang pinggul di dunia membabitkan penduduk Asia menjelang 2050. Beliau berkata, selepas menopaus, masalah pereputan tulang wanita berlaku lebih cepat. Satu daripada tiga wanita yang berumur 80 tahun ke atas mengalami keretakan tulang dan 10 hingga 20 peratus daripadanya meninggal dunia dalam masa setahun kerana kurang bergerak. "Pereputan tulang bermula dari dalam (yang berongga). Masalah ini biasanya tidak disedari hinggalah terlalu lewat. Kajian ke atas rakyat Malaysia mendapati, seorang daripada tiga wanita dan seorang daripada lima lelaki berisiko tinggi mengalami keretakan tulang pinggul akibat osteoporosis," katanya. Menjelaskan struktur tulang manusia Dr Chin berkata, tulang sebenarnya terdiri daripada dua lapisan. Tulang juga adalah tisu hidup yang mengalami proses pembentukan dan kemusnahan sepanjang masa. Lapisan luar yang kuat ialah tulang kortikal, manakala lapisan dalam serta lemah dikenali sebagai trabekular. Dr Chin berkata, tulang kortikal dikenali sebagai tulang mampat atau padat serta keras dan membentuk lapisan luar pada setiap tulang; merangkumi 80 peratus jisim tulang rangka. Keadaan itu membuatkannya lebih teguh, tidak mudah dilentur atau dikilas. Tulang trabekular pula terletak pada bahagian dalam tulang, berongga seperti span yang ada hubung kait dengan darah kerana di sini wujudnya sumsum tulang bagi menghasilkan sel darah dan ia mewakili 20 peratus jisim tulang, kurang tumpat, lebih lembut dan elastik. Selain itu ia mempunyai kadar penggantian tinggi berbanding tulang kortikal. "Tulang trabekular kelihatan seperti isi dalam sarang lebah, satu rangkaian jaring yang kompleks seperti sarang labah-labah dan bersifat kenyal. Tulang kortikal menyediakan kekuatan luaran sementara tulang trabekular menyediakan kekuatan sokongan dan membantu tulang mengekalkan bentuknya. "Dengan adanya struktur dua lapisan, tulang kita dapat menyerap tekanan daripada aktiviti harian. Tetapi kemerosotan tulang boleh berlaku tanpa disedari jika ia berlaku jauh di dalam. Kekuatan tulang dalaman sama pentingnya dengan kekuatan tulang luaran," katanya. Dr Chin berkata, penjagaan tulang adalah tugas sepanjang hayat yang perlu dimulakan sejak hari pertama kita dilahirkan. Bagaimanapun, penjagaan tulang anak sebaik-baiknya dimulakan ketika dalam kandungan lagi dengan mengambil makanan yang kaya kalsium, mendapat cukup vitamin D dan melakukan senaman mengikut kemampuan kerana ketika inilah bermulanya pembentukan tulang si kecil. Pengurus Pemakanan Fronterra Brands (Malaysia), Koo Pei Fern, osteoporosis boleh dicegah dengan mengamalkan pemakanan kaya kalsium (khususnya daripada sumber tenusu) dan mendapat cukup vitamin D. Malangnya, kurang 50 peratus rakyat negara ini mengambil produk susu setiap hari dan lebih 60 peratus pula mengalami masalah kekurangan vitamin D. Koo berkata, secara umum pengambilan kalsium paling rendah di kalangan orang Cina berbanding Melayu dan India, tetapi masalah kekurangan vitamin D lebih kerap berlaku di kalangan orang Melayu. Kekurangan vitamin D juga boleh berpunca daripada penggunaan bahan kosmetik iaitu krim pencerah yang mengandungi ejen pelindung cahaya matahari. Krim mengandungi SPF8 didapati boleh memberi perlindungan sehingga 80 peratus kepada kulit daripada menerima vitamin D. "Pemakanan adalah faktor utama dalam mengenal pasti perkembangan tulang. Kalsium adalah blok binaan tulang, tetapi turut sama penting adalah hakikat bahawa mineral ini juga bekerjasama secara sinergi dengan bahan lain seperti Vitamin D, zink, magnesium dan protein. Kita perlu memastikan nutrien ini menyerap masuk sehingga ke lapisan dalam supaya tulang dapat diperkuatkan dari dalam," katanya. FAKTA: Mengenali tulang
Tulang membabitkan 10 peratus protein, 65 peratus garam mineral seperti kalsium dan fosforus, 25 peratus air serta sedikit magnesium, sodium dan bikarbonat.
Hampir 99 peratus kalsium dalam badan tersimpan dalam tulang dan hanya satu peratus dalam aliran darah.
Tulang mencapai kematangan optimum (puncak jisim tulang) pada umur antara 25 hingga 30 tahun.
Selepas 30 tahun, tulang mengalami proses kemusnahan dan pembinaan semula sel rosak. Jika tidak cukup kalsium, pereputan tulang berlaku yang menjadi titik mula kepada osteoporosis.Cara elak osteoporosis:
Mengamalkan pemakanan kaya kalsium.
Mendapat cukup vitamin D (Ia membantu penyerapan kalsium. Sumber paling mudah dan murah ialah sinaran cahaya matahari pagi).
Mendapat cukup bekalan magnesium, protein, zink dan fosforus (membantu penyerapan kalsium).
Bersenam secara sederhana sekurang-kurangnya 30 minit, tiga kali seminggu, terutama senaman mengangkat beban. Senaman semudah berjalan dan menaiki tangga sangat berguna untuk membina tulang kuat.
Elak daripada merokok, minum minuman keras atau mengambil kafein (teh atau kopi) berlebihan kerana ia mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
Ambil tahu mengenai keadaan kesihatan tulang anda. Jika tidak pasti, berbincang dengan doktor anda.
Jalani pemeriksaan tulang secara berkala, terutama bagi wanita selepas menopaus.









Disclaimer

{{ url.blogspot.com
This is my blog!
If you don't lyk my blog , click here .

Best viewed in Internet Explorer.


WHODA!

HUDA
4A.


bold ; italic ; underline .




The Memories

x August 2007
x September 2007
x October 2007
x March 2008
x January 2009

The Escapes

ERA
HANZ
SYAHIRA
HIDAYAH
SYUHAIDAH
SYAFIQAH
HIDAYAH
ASYRAF
ARIFFIN

Credits

Do not remove credits !
Designer : purplekisses-
Brushes: Dafont
Photo : Photobucket (: ; Deviantart (: