<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8523676164177271203\x26blogName\x3dMELAYU\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://whoooda.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://whoooda.blogspot.com/\x26vt\x3d5490937411891293136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, September 26, 2007;7:39 PM Y
I Love The Sweet Love !
kenapa murid biadap terhadap guru.

assalamualaikum rakan-rakan sekalian. Saya telah diberikan topik 'kenapa murid biadap terhadap guru." Saya mungkin boleh memceritakan pengalaman saya kerana rakan-rakan saya pernah biadap terhadap guru.

Ada beberapa sebab mengapa murid biadap terhadap guru. Kadangkala,guru mereka mungkin tidak menghormati mereka. Guru mereka mungkin memekik atau berbual dengan tidak sopan. Ada segelintir murid yang berpendapat bahawa jika guru tidak menghormati mereka,mereka juga tidak akan menghormati guru.

Ada juga murid yang mempunyai masalah di rumah dan mereka membawa masalah itu ke sekolah.Oleh itu, ia boleh menjejas perangai mereka terhadap guru atau rakan.

Salah satu cara supaya masalah ini boleh dikawal ialah supaya guru mengambil masa untuk mengenali dan memahami guru dengan lebih rapat lagi. Dengan ini,guru boleh mengetahui masalah yang dialami murid dan boleh membantu.

Dengan itu,sekian,selamat tinggal :D




;4:34 AM Y
I Love The Sweet Love !
KAMPUNG GLAM

Istana kampong Gelam ialah bekas istana Sultan Melayu di sini. Sultan Hussein yang berkuasa pada zaman kesultanan Johore-Riau, telah mengarahkan pembinaan istana ini. Istana ini dikellilingi oleh taman yang indah dan dilindungi dengan tembok tinggi.Keluasan tempat kediaman baginda merangkumi kawasan antara Jalan Sultan dan ‘Arab Street' serta ‘North Bridge Road' hingga ke kawasan pantai. Semenjak Januari 1905 pula, istana ini telah diisytiharkan sebagai sebuah monumen bersejarah.

Sejak dibuka dua tahun lalu, Taman Warisan Melayu telah mempergiat usaha untuk menarik minat dan penghargaan masyarakat Melayu tempatan terhadap budaya masyarakat mereka. Pelbagai kegiatan budaya dianjurkan demi memupuk kesedaran bukan saja di kalangan warga Singapura, tetapi juga pengunjung asing terhadap budaya dan tradisi Melayu. Pengunjung-pengunjung ini datang sejauh Riau dan Kepri hanya untuk ke muziumnya.

Kampung glam serta Geylang Serai menjadi tumpuan umat islam yang berbuka puasa serta membeli-belah pada bulan ramadan.

Sehari sebelum bulan puasa iaitu tanggal 12/9/07, kami dari aliran ekspress dan normal akademik telah mengunjungi Taman Warisan Melayu.Saya tidak sabar untuk ke sana kerana sudah lama tidak mengunjunginya.

Sampai sahaja di situ,ada seorang pemuda lelaki yang memakai baju tradisional melayu yang menanti kehadiran kami.Beliau menjelaskan tentang silam Taman Warisan Melayu dan berkata bahawa kami akan menonton satu pertunjukkan nanti.Dengan itu,kami semua pun bergegas masuk ke muzium.Di dalam,saya berasa kagum kerana ada pelbagai barang antik seperti Quran dan duit syiling yang diperbuat daripada kertas.Selepas itu,kami semua berkumpul di luar auditorium dan beratur. Kami dari aliran ekspress duduk di barisan hadapan dan saya kagum dengan persembahan tarian dan kompang.

saya rasa berpuas hati dan ingin ke sana sekali lagi!




Sunday, September 23, 2007;9:47 PM Y
I Love The Sweet Love !
sebuah pilihan yang sukar.(rekaan)



hidup ini penuh dengan masalah dan pemilihan. Perkataan pilihan ini tidak asing bagi saya.
seringkali kami harus membuat pilihan yang kami rasa lebih baik buat diri sendiri.
saya telah pun melalui perkataan pilihan ini.

apabila saya telah menduduki peperiksaan PSLE ketika darjah enam,saya berada dalam dilema kerana markah yang didapati tidak bagus. Oleh itu,saya harus memilih sama ada ingin memasuki aliran normal teknikal atau untuk ditahan dan mengulangi darjah enam. Rakan-rakan dan keluarga memberi pandaangan mereka dan akhirnya saya telah pun membuat keputusan. Dengan itu,saya memilih untuk mengulang darjah enam.saya terpaksa meninggakan rakan-rakan saya yang telah pun ke sekolah menengah.Inilah balasannya kerana tidak belajar dengan bersunguh-sungguh.

Pada permualan tahun, saya meluangkan masa belajar dan saya berasa sunyi kerana tiada orang ingin berbual bersama saya. Mereka tahu bahawa saya mengulangi darjah enam dan pandang rendah terhadap saya.

UNDER CONSTRUCTION :D
















Tuesday, September 18, 2007;9:12 PM Y
I Love The Sweet Love !
SUASANA HARI RAYA

salam sejahtera rakan-rakan.
saya ingin mencerita tentang perngalaman meraikan hari raya tahun lepas.
sebelum menyambut hari raya aidilfitri,semua umat islam wajib berpuasa.
ketika berpuasa,sudah tentu kami akan mengalami bermacam-macam dugaan.
ia juga akan menguji kesabaran kita.

sebelum hari raya aidilfitri,kebanyakan keluarga islam akan sibuk dengan persiapan hari raya.
keluarga saya jatuh dalam kategori itu.
kami akan menempah kain langsir dua tahun sekali di geylang.
saya dan ibu akan membuat pelbagai jenis kueh raya seperti tart nenas dan cokelat cip.
sebahagian daripada kuih yang dibuat akan diberikan kepada kedua-dua nenek saya.
beberapa hari sebelum menyambut hari raya aidilfitri, kami selalunya akan membeli bermacam-macam jenis air dan kuih-muih untuk dihidangkan kepada para tetamu.

ada orang berpendapat bahawa persiapan hari raya aidilfitri hanya akan selesai jika mereka ke pasar malam geylang serai.
tahun lepas,kami sekeluarga pergi ke pasar malam di geylang serai pada pukul dua belas pagi iaitu pagi raya.
kami ke sana untuk berjalan-jalan,bukan untuk membeli-belah kerana pasar malam sesak dengan orang.


pada pagi raya,bapa dan abang-abang saya akan menunaikan solat aidilfitri di masjid.
saya dan ibu pula akan menghidangkan pelbagai jenis juadah seperti lontong,ketupat dan rendang di meja makan supaya bapa dan abang-abang boleh menjamu selera selepas pulang dari solat.selepas berehat seketika,kami sekeluarga akan bersiap untuk menziarahi nenek dan saudara-mara. Rumah pertama yang kami mengunjungi ialah rumah nenek sebelah bapa. beliau akan menghidang kami dengan pelbagai lauk-pauk. selepas itu,kami akan mengunjungi rumah nenek sebelah ibu. saya lebih suka mengunjungi rumahnya kerana saya ada ramai saudara-mara dan suasana lebih meriah.kami sebagai kanak-kanak bertuah kerana memdapat banyak koleksi duit raya daripada semua makcik dan pakcik. seterusnya, kami semua(nenek,sepuluh buah keluarga)akan mengunjungi rumah moyang saya di pasir ris. oleh kerana ada di kalangan mereka yang tidak mempunyai kereta,mereka akan menumpang kami.
pada hari pertama,hari raya aidilfitri kami akan berakhir siang kerana makcik saya ingin mengunakkan kereta kami untuk mengunjungi saudara-mara beliau. apabila sampai sahaja di rumah, kami selalunya akan mendapat tetamu.










Wednesday, September 12, 2007;7:47 PM Y
I Love The Sweet Love !

Kebaikan dan keburukan komputer :D

Sudah tentu dalam masa kini yang mempunyai teknologi canggih, kebanyakkan keluarga tentu memiliki sebuah komputer. Tidak hairanlah mengapa remaja-remaja masa kini sering menghabiskan masa duduk di hadapan komputer.

Komputer sangat berguna untuk para pelajar kerana kadang-kala guru mereka akan memberi tugas sekolah menerusi internet. Ia juga boleh membantu mereka mencari informasi tentang ape-ape sahaja.

Dengan komputer, tugas sekolah saya menjadi lebih senang kerana jika saya perlu mencari informasi tentang sesuatu, saya boleh menggunakan internet. Saya juga boleh berkomunikasi bersama rakan-rakan dan keluarga,tidak kira yang berada di Singapura atau di negeri lain.

Komputer juga boleh memberi kesan buruk kerana ia senang untuk meletakkan gambar dan video. Dengan ini, ada segelintir orang yang meletakkan gambar atau video luncah dan orang ramai boleh melihatnya.Selain dari itu,seorang pelajar tidak boleh memberi tumpuan terhadap pelajaran kerana meluangkan masa mengunakkan komputer. Pelajaran beliau akan terjejas dan markahnya akan merosot.

Pelajar harus mengetahui lebih dalam tentang penggunaan komputer supaya boleh menggunakan komputer untuk membantu dalam kerja sekolah.

Ibubapa juga harus mengawal kadar penggunaan komputer supaya mengetahui perbuatan mereka. Jika tidak,ini boleh menyebabkan kenalan antara mereka. Denggan mengunakkan telefon bimbit dan mengambil gambar,ia boleh dihantar ke komputer dan diletakkan di internet. Gambar-gambar atau video luncah sering menjadi tumpuan orang ramai.










Disclaimer

{{ url.blogspot.com
This is my blog!
If you don't lyk my blog , click here .

Best viewed in Internet Explorer.


WHODA!

HUDA
4A.


bold ; italic ; underline .




The Memories

x August 2007
x September 2007
x October 2007
x March 2008
x January 2009

The Escapes

ERA
HANZ
SYAHIRA
HIDAYAH
SYUHAIDAH
SYAFIQAH
HIDAYAH
ASYRAF
ARIFFIN

Credits

Do not remove credits !
Designer : purplekisses-
Brushes: Dafont
Photo : Photobucket (: ; Deviantart (: