<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8523676164177271203\x26blogName\x3dMELAYU\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://whoooda.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://whoooda.blogspot.com/\x26vt\x3d5490937411891293136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, January 14, 2009;6:19 PM Y
I Love The Sweet Love !

Sepanjang masa tiga tahun saya menuntut di sekolah Shuqun,

terdapat beberapa kenangan yang telah saya melalui. Ada yang

manis, dan ada juga yang pahit.

-

Saya meluangkan banyak masa dengan melibatkan

diri dalam aktiviti ko-korikulum saya iaitu pancaragam.

Melalui pancaragam, saya dapat mempelajari beberapa nilai

kehidupan dan dapat bersikap disiplin. Saya juga dapat

berinteraksi bersama rakan-rakan baru dan juga pelajar yang

lebih dewasa. Selain itu, saya juga dapat mempelajari

beberapa alat muzik .

-

Melalui pancaragam, saya mendapat peluang untuk

mengambil bahagian dalam beberapa persembahan dan

dari situ telah mendapat pengalaman . Satu konsert

pancaragam yang tidak saya lupai ialah konsert " Ignited ! "

pada 20 November 2008. Kami dapat bekerja sama

dengan dua lagi buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Hougang

dan Sekolah Menengah Regent .

\-

Beberapa pelajar telah dipilih dari ketiga-tiga buah sekolah

untuk mempersembahkan beberapa buah lagu pada akhir

konsert ini dan saya di antara mereka yang terpilih .

Kami diperlukan untuk ke Sekolah Menengah Regent pada

setiap hari Isnin dan Jumaat untuk sesi gabungan itu .

Ia amat memenatkan kerana harus membawa alat muzik

yang berat menaiki bas awam dari rumah .

-

Masa berlalu dan tibanya hari konsert .

Kami semua sibuk menjalani tugas masing-masing

seperti memastikan para pelajar mempunyai kesemua

alat dan kertas muzik yang diperlukan .

-

Konsert berjalan lancar dan rancangan sudah pun

berakhir. Ramai rakan serta saudara saya hadir ke

pentas untuk mengambil gambar serta menghadiahkan

saya dengan anak patung dan coklat.

-

Pada keseluruhannya, saya amat lega konsert sudah

pun tamat dan ia telah pun berjalan dengan lancar.

Sekurang-kurangnya, semua usaha tidak disia-siakan .









Thursday, March 6, 2008;3:42 AM Y
I Love The Sweet Love !



terima kasih saudara mardan mamat kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara oleh kami. beliau telah pun kongsi pengalaman beliau serta pahit-manis sepanjang kerjayanya sebagai seorang pemain golf.

1)Berapa lamakah saudara bekerja sebagai pemain golf?
Saya sudah bekerja sebagai pemain golf sejak saya kecil lagi. Saya menjadi seorang proffesional di tahun 1994.

2 Mengapa saudara memilih kerjaya sebagai pemain golf?Sebelum saya menjadi seorang professional dalam bidang golf ini, saya bekerja sebagai seorang ‘cadey’.
Sambil saya bekerja sebagai ‘cadey’ saya dapat melihat bagaimana pemain proffesional yang lain bermain di padang golf. Dari situ, saya mendapat sebuah inspirasi untuk menjadi seorang pemain golf.

3) apakah tugas harian saudara sebagai pemain golf?
Tugas harian saya ialah, jika saya tidak ada tournament, saya akan berlatih di padang golf atau ke gym dan berlatih fitness saya.

4)apa kesukaraan atau cabaran saudara sebagai pemain golf?
Pemain golf yang baru dan muda yang kebolehan tinggi membuat kerja saya sebagain pemain golf lebih cabar dan sukar.

5)ceritakan satu pengalaman saudara yang tidak anda dapat lupakan.
Satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah pencapaian saya memenangi Osim masters, sebuah acara Europe, di s’pore.

6)pernakah saudara menyesali memilih kerjaya ini?
Tentu tidak. Saya telah bercita-cita untuk menjadi seorang pemain golf sejak saya kecil lagi.

7)adakah saudara bangga dengan status anda, “pemain nombor 1 singapura”?
Sudah tentu. Saya banga untuk mewakili Singapura.

8)anda mempunyai sebuah keluarga, ceritakan sedikit susah-payah menanggun tanggunjawab anda sebagai seorang ayah serta seorang pemain golf.
Tanggungjawab saya sebagai seorang ayah serta seorang pemain golf memang sukar.
Saya belayar ke luar negeri selalu dan tidak mempunyai cukup masa untuk bersama dengan keluarga saya. Dan oleh itu, saya tidak dapat melaku kan aktiviti-aktiviti begitu banyak dengan keluarga.


sekali lagi, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara mardan mamat untuk masanya.




Wednesday, October 3, 2007;8:11 PM Y
I Love The Sweet Love !
Tulang reput bukan masalah warga emas

MASALAH osteoporosis atau tulang reput tidak hanya berlaku di kalangan golongan tua, sebaliknya yang muda juga tidak terkecuali, khususnya wanita selepas menopaus.
Hakikinya, kemerosotan jisim tulang yang menyebabkan osteoporosis bermula pada usia muda, lebih-lebih lagi individu yang kekurangan zat untuk membina tulang.
Oleh itu tabiat pemakanan dan pilihan jenis makanan yang diambil amat penting pada setiap individu.
Usia muda bukan bermakna tulang seseorang cukup sihat,
tetapi ada faktor lain yang boleh mempengaruhi seseorang itu menghadapi masalah tulang. Pengalaman itu dialami bekas atlit negara, Zaiton Othman yang memenangi pingat emas bagi acara heptatlon dalam beberapa kali Sukan SEA dan pernah disahkan mempunyai tulang seperti wanita tua berumur 75 tahun, padahal, ketika itu beliau baru 32 tahun.
Masalah itu mula dikesan apabila ahli sukan berkenaan terbabit dalam kemalangan jalan raya di Amerika Syarikat ketika melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana.
Zaiton yang kini Pengarah Kebajikan Atlit, Majlis Sukan Kebangsaan, kemudian dibawa berjumpa kiropraktor (ahli tulang belakang) untuk menjalani pemeriksaan tulang belakang kerana bimbang jika ada keretakan.


"Pakar berkenaan berkata kepada saya 'awak mesti ahli sukan yang terlalu banyak melakukan senaman. Senaman itu bagus tetapi jika keterlaluan, ia tidak baik untuk kesihatan tulang. Walaupun awak ahli sukan, keadaan tulang awak sama seperti wanita tua berumur 75 tahun'. "Pakar itu turut memberitahu, jika tidak berhati-hati dan mengubah tabiat pemakanan, saya berisiko tinggi mengalami keretakan tulang kerana tulang saya sangat rapuh. Saya terkejut mendengar perkara ini. Sebagai seorang atlit, berita itu amat menghancurkan hati. Saya berasa sihat selama ini, tetapi tidak menyedari bahawa tulang dalaman saya seperti tulang seseorang yang berumur sudah tua," katanya menceritakan pengalaman itu pada majlis pelancaran susu tepung baru, Anlene Nano-Kalsium d Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Susu tepung baru itu dirumus dengan formulasi baru tulang yang menyeluruh dan mengandungi inovasi terkini dalam kandungan kalsium iaitu Nano-Kalsium, satu bentuk kalsium mikroskopik unik yang dikatakan 100 kali lebih kecil daripada kalsium biasa. Dilahirkan dalam keluarga miskin dan tiada pengetahuan mengenai pemakanan sihat, Zaiton mengakui, tidak mustahil mengalami masalah tidak cukup zat. Selain itu, beliau terbabit dalam sukan secara aktif sejak berumur sembilan tahun dan mewakili negara pada usia 16 tahun. "Pakar menasihatkan saya supaya sentiasa berhati-hati kerana senaman lasak boleh memburukkan lagi kesihatan tulang, terutama jika tidak mengamalkan gaya pemakanan sihat," katanya. Walaupun terkejut dan sedih, Zaiton tidak mahu perkara itu mengganggu hidupnya. Sebagai ahli sukan, beliau perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan tulangnya. Sejak itu Zaiton mula mengamalkan minum susu dan makan makanan berasaskan susu setiap hari kerana di Barat, harga susu sangat murah sama seperti air mineral. Pada masa sama, beliau tetap aktif dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sukan kerana beliau tahu senaman juga penting untuk meningkatkan tahap kesihatan tulangnya; walaupun tulangnya disahkan mula mengalami masalah osteoporosis. Katanya, apabila balik ke tanah air, amalan minum susu diteruskan sehingga hari ini. Kini, Zaiton tidak begitu risau lagi memiliki masalah tulang yang dihadapi sebelum ini. Selain mengajar, beliau tetap aktif bersukan dan mewakili negara dalam Sukan Veteran Dunia. "Walaupun disahkan tulang kita mengalami kemerosotan, kita masih boleh membetulkan keadaan dengan mengubah cara hidup dan tabiat pemakanan. Bagaimanapun, pemakanan saja tidak cukup kerana tulang yang kuat memerlukan senaman," katanya. Pakar Bedah Ortopedik dan Trauma, Dr Chin Chee Howe, berkata osteoporosis adalah masalah global yang berlaku pada wanita dan lelaki pada semua peringkat umur. Bagaimanapun, masalah ini lebih ketara pada wanita selepas menopaus, terutama di kalangan wanita Asia. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 50 peratus kes keretakan tulang pinggul di dunia membabitkan penduduk Asia menjelang 2050. Beliau berkata, selepas menopaus, masalah pereputan tulang wanita berlaku lebih cepat. Satu daripada tiga wanita yang berumur 80 tahun ke atas mengalami keretakan tulang dan 10 hingga 20 peratus daripadanya meninggal dunia dalam masa setahun kerana kurang bergerak. "Pereputan tulang bermula dari dalam (yang berongga). Masalah ini biasanya tidak disedari hinggalah terlalu lewat. Kajian ke atas rakyat Malaysia mendapati, seorang daripada tiga wanita dan seorang daripada lima lelaki berisiko tinggi mengalami keretakan tulang pinggul akibat osteoporosis," katanya. Menjelaskan struktur tulang manusia Dr Chin berkata, tulang sebenarnya terdiri daripada dua lapisan. Tulang juga adalah tisu hidup yang mengalami proses pembentukan dan kemusnahan sepanjang masa. Lapisan luar yang kuat ialah tulang kortikal, manakala lapisan dalam serta lemah dikenali sebagai trabekular. Dr Chin berkata, tulang kortikal dikenali sebagai tulang mampat atau padat serta keras dan membentuk lapisan luar pada setiap tulang; merangkumi 80 peratus jisim tulang rangka. Keadaan itu membuatkannya lebih teguh, tidak mudah dilentur atau dikilas. Tulang trabekular pula terletak pada bahagian dalam tulang, berongga seperti span yang ada hubung kait dengan darah kerana di sini wujudnya sumsum tulang bagi menghasilkan sel darah dan ia mewakili 20 peratus jisim tulang, kurang tumpat, lebih lembut dan elastik. Selain itu ia mempunyai kadar penggantian tinggi berbanding tulang kortikal. "Tulang trabekular kelihatan seperti isi dalam sarang lebah, satu rangkaian jaring yang kompleks seperti sarang labah-labah dan bersifat kenyal. Tulang kortikal menyediakan kekuatan luaran sementara tulang trabekular menyediakan kekuatan sokongan dan membantu tulang mengekalkan bentuknya. "Dengan adanya struktur dua lapisan, tulang kita dapat menyerap tekanan daripada aktiviti harian. Tetapi kemerosotan tulang boleh berlaku tanpa disedari jika ia berlaku jauh di dalam. Kekuatan tulang dalaman sama pentingnya dengan kekuatan tulang luaran," katanya. Dr Chin berkata, penjagaan tulang adalah tugas sepanjang hayat yang perlu dimulakan sejak hari pertama kita dilahirkan. Bagaimanapun, penjagaan tulang anak sebaik-baiknya dimulakan ketika dalam kandungan lagi dengan mengambil makanan yang kaya kalsium, mendapat cukup vitamin D dan melakukan senaman mengikut kemampuan kerana ketika inilah bermulanya pembentukan tulang si kecil. Pengurus Pemakanan Fronterra Brands (Malaysia), Koo Pei Fern, osteoporosis boleh dicegah dengan mengamalkan pemakanan kaya kalsium (khususnya daripada sumber tenusu) dan mendapat cukup vitamin D. Malangnya, kurang 50 peratus rakyat negara ini mengambil produk susu setiap hari dan lebih 60 peratus pula mengalami masalah kekurangan vitamin D. Koo berkata, secara umum pengambilan kalsium paling rendah di kalangan orang Cina berbanding Melayu dan India, tetapi masalah kekurangan vitamin D lebih kerap berlaku di kalangan orang Melayu. Kekurangan vitamin D juga boleh berpunca daripada penggunaan bahan kosmetik iaitu krim pencerah yang mengandungi ejen pelindung cahaya matahari. Krim mengandungi SPF8 didapati boleh memberi perlindungan sehingga 80 peratus kepada kulit daripada menerima vitamin D. "Pemakanan adalah faktor utama dalam mengenal pasti perkembangan tulang. Kalsium adalah blok binaan tulang, tetapi turut sama penting adalah hakikat bahawa mineral ini juga bekerjasama secara sinergi dengan bahan lain seperti Vitamin D, zink, magnesium dan protein. Kita perlu memastikan nutrien ini menyerap masuk sehingga ke lapisan dalam supaya tulang dapat diperkuatkan dari dalam," katanya. FAKTA: Mengenali tulang
Tulang membabitkan 10 peratus protein, 65 peratus garam mineral seperti kalsium dan fosforus, 25 peratus air serta sedikit magnesium, sodium dan bikarbonat.
Hampir 99 peratus kalsium dalam badan tersimpan dalam tulang dan hanya satu peratus dalam aliran darah.
Tulang mencapai kematangan optimum (puncak jisim tulang) pada umur antara 25 hingga 30 tahun.
Selepas 30 tahun, tulang mengalami proses kemusnahan dan pembinaan semula sel rosak. Jika tidak cukup kalsium, pereputan tulang berlaku yang menjadi titik mula kepada osteoporosis.Cara elak osteoporosis:
Mengamalkan pemakanan kaya kalsium.
Mendapat cukup vitamin D (Ia membantu penyerapan kalsium. Sumber paling mudah dan murah ialah sinaran cahaya matahari pagi).
Mendapat cukup bekalan magnesium, protein, zink dan fosforus (membantu penyerapan kalsium).
Bersenam secara sederhana sekurang-kurangnya 30 minit, tiga kali seminggu, terutama senaman mengangkat beban. Senaman semudah berjalan dan menaiki tangga sangat berguna untuk membina tulang kuat.
Elak daripada merokok, minum minuman keras atau mengambil kafein (teh atau kopi) berlebihan kerana ia mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
Ambil tahu mengenai keadaan kesihatan tulang anda. Jika tidak pasti, berbincang dengan doktor anda.
Jalani pemeriksaan tulang secara berkala, terutama bagi wanita selepas menopaus.




Wednesday, September 26, 2007;7:39 PM Y
I Love The Sweet Love !
kenapa murid biadap terhadap guru.

assalamualaikum rakan-rakan sekalian. Saya telah diberikan topik 'kenapa murid biadap terhadap guru." Saya mungkin boleh memceritakan pengalaman saya kerana rakan-rakan saya pernah biadap terhadap guru.

Ada beberapa sebab mengapa murid biadap terhadap guru. Kadangkala,guru mereka mungkin tidak menghormati mereka. Guru mereka mungkin memekik atau berbual dengan tidak sopan. Ada segelintir murid yang berpendapat bahawa jika guru tidak menghormati mereka,mereka juga tidak akan menghormati guru.

Ada juga murid yang mempunyai masalah di rumah dan mereka membawa masalah itu ke sekolah.Oleh itu, ia boleh menjejas perangai mereka terhadap guru atau rakan.

Salah satu cara supaya masalah ini boleh dikawal ialah supaya guru mengambil masa untuk mengenali dan memahami guru dengan lebih rapat lagi. Dengan ini,guru boleh mengetahui masalah yang dialami murid dan boleh membantu.

Dengan itu,sekian,selamat tinggal :D




;4:34 AM Y
I Love The Sweet Love !
KAMPUNG GLAM

Istana kampong Gelam ialah bekas istana Sultan Melayu di sini. Sultan Hussein yang berkuasa pada zaman kesultanan Johore-Riau, telah mengarahkan pembinaan istana ini. Istana ini dikellilingi oleh taman yang indah dan dilindungi dengan tembok tinggi.Keluasan tempat kediaman baginda merangkumi kawasan antara Jalan Sultan dan ‘Arab Street' serta ‘North Bridge Road' hingga ke kawasan pantai. Semenjak Januari 1905 pula, istana ini telah diisytiharkan sebagai sebuah monumen bersejarah.

Sejak dibuka dua tahun lalu, Taman Warisan Melayu telah mempergiat usaha untuk menarik minat dan penghargaan masyarakat Melayu tempatan terhadap budaya masyarakat mereka. Pelbagai kegiatan budaya dianjurkan demi memupuk kesedaran bukan saja di kalangan warga Singapura, tetapi juga pengunjung asing terhadap budaya dan tradisi Melayu. Pengunjung-pengunjung ini datang sejauh Riau dan Kepri hanya untuk ke muziumnya.

Kampung glam serta Geylang Serai menjadi tumpuan umat islam yang berbuka puasa serta membeli-belah pada bulan ramadan.

Sehari sebelum bulan puasa iaitu tanggal 12/9/07, kami dari aliran ekspress dan normal akademik telah mengunjungi Taman Warisan Melayu.Saya tidak sabar untuk ke sana kerana sudah lama tidak mengunjunginya.

Sampai sahaja di situ,ada seorang pemuda lelaki yang memakai baju tradisional melayu yang menanti kehadiran kami.Beliau menjelaskan tentang silam Taman Warisan Melayu dan berkata bahawa kami akan menonton satu pertunjukkan nanti.Dengan itu,kami semua pun bergegas masuk ke muzium.Di dalam,saya berasa kagum kerana ada pelbagai barang antik seperti Quran dan duit syiling yang diperbuat daripada kertas.Selepas itu,kami semua berkumpul di luar auditorium dan beratur. Kami dari aliran ekspress duduk di barisan hadapan dan saya kagum dengan persembahan tarian dan kompang.

saya rasa berpuas hati dan ingin ke sana sekali lagi!




Sunday, September 23, 2007;9:47 PM Y
I Love The Sweet Love !
sebuah pilihan yang sukar.(rekaan)



hidup ini penuh dengan masalah dan pemilihan. Perkataan pilihan ini tidak asing bagi saya.
seringkali kami harus membuat pilihan yang kami rasa lebih baik buat diri sendiri.
saya telah pun melalui perkataan pilihan ini.

apabila saya telah menduduki peperiksaan PSLE ketika darjah enam,saya berada dalam dilema kerana markah yang didapati tidak bagus. Oleh itu,saya harus memilih sama ada ingin memasuki aliran normal teknikal atau untuk ditahan dan mengulangi darjah enam. Rakan-rakan dan keluarga memberi pandaangan mereka dan akhirnya saya telah pun membuat keputusan. Dengan itu,saya memilih untuk mengulang darjah enam.saya terpaksa meninggakan rakan-rakan saya yang telah pun ke sekolah menengah.Inilah balasannya kerana tidak belajar dengan bersunguh-sungguh.

Pada permualan tahun, saya meluangkan masa belajar dan saya berasa sunyi kerana tiada orang ingin berbual bersama saya. Mereka tahu bahawa saya mengulangi darjah enam dan pandang rendah terhadap saya.

UNDER CONSTRUCTION :D
















Tuesday, September 18, 2007;9:12 PM Y
I Love The Sweet Love !
SUASANA HARI RAYA

salam sejahtera rakan-rakan.
saya ingin mencerita tentang perngalaman meraikan hari raya tahun lepas.
sebelum menyambut hari raya aidilfitri,semua umat islam wajib berpuasa.
ketika berpuasa,sudah tentu kami akan mengalami bermacam-macam dugaan.
ia juga akan menguji kesabaran kita.

sebelum hari raya aidilfitri,kebanyakan keluarga islam akan sibuk dengan persiapan hari raya.
keluarga saya jatuh dalam kategori itu.
kami akan menempah kain langsir dua tahun sekali di geylang.
saya dan ibu akan membuat pelbagai jenis kueh raya seperti tart nenas dan cokelat cip.
sebahagian daripada kuih yang dibuat akan diberikan kepada kedua-dua nenek saya.
beberapa hari sebelum menyambut hari raya aidilfitri, kami selalunya akan membeli bermacam-macam jenis air dan kuih-muih untuk dihidangkan kepada para tetamu.

ada orang berpendapat bahawa persiapan hari raya aidilfitri hanya akan selesai jika mereka ke pasar malam geylang serai.
tahun lepas,kami sekeluarga pergi ke pasar malam di geylang serai pada pukul dua belas pagi iaitu pagi raya.
kami ke sana untuk berjalan-jalan,bukan untuk membeli-belah kerana pasar malam sesak dengan orang.


pada pagi raya,bapa dan abang-abang saya akan menunaikan solat aidilfitri di masjid.
saya dan ibu pula akan menghidangkan pelbagai jenis juadah seperti lontong,ketupat dan rendang di meja makan supaya bapa dan abang-abang boleh menjamu selera selepas pulang dari solat.selepas berehat seketika,kami sekeluarga akan bersiap untuk menziarahi nenek dan saudara-mara. Rumah pertama yang kami mengunjungi ialah rumah nenek sebelah bapa. beliau akan menghidang kami dengan pelbagai lauk-pauk. selepas itu,kami akan mengunjungi rumah nenek sebelah ibu. saya lebih suka mengunjungi rumahnya kerana saya ada ramai saudara-mara dan suasana lebih meriah.kami sebagai kanak-kanak bertuah kerana memdapat banyak koleksi duit raya daripada semua makcik dan pakcik. seterusnya, kami semua(nenek,sepuluh buah keluarga)akan mengunjungi rumah moyang saya di pasir ris. oleh kerana ada di kalangan mereka yang tidak mempunyai kereta,mereka akan menumpang kami.
pada hari pertama,hari raya aidilfitri kami akan berakhir siang kerana makcik saya ingin mengunakkan kereta kami untuk mengunjungi saudara-mara beliau. apabila sampai sahaja di rumah, kami selalunya akan mendapat tetamu.















Disclaimer

{{ url.blogspot.com
This is my blog!
If you don't lyk my blog , click here .

Best viewed in Internet Explorer.


WHODA!

HUDA
4A.


bold ; italic ; underline .




The Memories

x August 2007
x September 2007
x October 2007
x March 2008
x January 2009

The Escapes

ERA
HANZ
SYAHIRA
HIDAYAH
SYUHAIDAH
SYAFIQAH
HIDAYAH
ASYRAF
ARIFFIN

Credits

Do not remove credits !
Designer : purplekisses-
Brushes: Dafont
Photo : Photobucket (: ; Deviantart (: