<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8523676164177271203?origin\x3dhttp://whoooda.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, September 18, 2007;9:12 PM Y
I Love The Sweet Love !
SUASANA HARI RAYA

salam sejahtera rakan-rakan.
saya ingin mencerita tentang perngalaman meraikan hari raya tahun lepas.
sebelum menyambut hari raya aidilfitri,semua umat islam wajib berpuasa.
ketika berpuasa,sudah tentu kami akan mengalami bermacam-macam dugaan.
ia juga akan menguji kesabaran kita.

sebelum hari raya aidilfitri,kebanyakan keluarga islam akan sibuk dengan persiapan hari raya.
keluarga saya jatuh dalam kategori itu.
kami akan menempah kain langsir dua tahun sekali di geylang.
saya dan ibu akan membuat pelbagai jenis kueh raya seperti tart nenas dan cokelat cip.
sebahagian daripada kuih yang dibuat akan diberikan kepada kedua-dua nenek saya.
beberapa hari sebelum menyambut hari raya aidilfitri, kami selalunya akan membeli bermacam-macam jenis air dan kuih-muih untuk dihidangkan kepada para tetamu.

ada orang berpendapat bahawa persiapan hari raya aidilfitri hanya akan selesai jika mereka ke pasar malam geylang serai.
tahun lepas,kami sekeluarga pergi ke pasar malam di geylang serai pada pukul dua belas pagi iaitu pagi raya.
kami ke sana untuk berjalan-jalan,bukan untuk membeli-belah kerana pasar malam sesak dengan orang.


pada pagi raya,bapa dan abang-abang saya akan menunaikan solat aidilfitri di masjid.
saya dan ibu pula akan menghidangkan pelbagai jenis juadah seperti lontong,ketupat dan rendang di meja makan supaya bapa dan abang-abang boleh menjamu selera selepas pulang dari solat.selepas berehat seketika,kami sekeluarga akan bersiap untuk menziarahi nenek dan saudara-mara. Rumah pertama yang kami mengunjungi ialah rumah nenek sebelah bapa. beliau akan menghidang kami dengan pelbagai lauk-pauk. selepas itu,kami akan mengunjungi rumah nenek sebelah ibu. saya lebih suka mengunjungi rumahnya kerana saya ada ramai saudara-mara dan suasana lebih meriah.kami sebagai kanak-kanak bertuah kerana memdapat banyak koleksi duit raya daripada semua makcik dan pakcik. seterusnya, kami semua(nenek,sepuluh buah keluarga)akan mengunjungi rumah moyang saya di pasir ris. oleh kerana ada di kalangan mereka yang tidak mempunyai kereta,mereka akan menumpang kami.
pada hari pertama,hari raya aidilfitri kami akan berakhir siang kerana makcik saya ingin mengunakkan kereta kami untuk mengunjungi saudara-mara beliau. apabila sampai sahaja di rumah, kami selalunya akan mendapat tetamu.















Disclaimer

{{ url.blogspot.com
This is my blog!
If you don't lyk my blog , click here .

Best viewed in Internet Explorer.


WHODA!

HUDA
4A.


bold ; italic ; underline .




The Memories

x August 2007
x September 2007
x October 2007
x March 2008
x January 2009

The Escapes

ERA
HANZ
SYAHIRA
HIDAYAH
SYUHAIDAH
SYAFIQAH
HIDAYAH
ASYRAF
ARIFFIN

Credits

Do not remove credits !
Designer : purplekisses-
Brushes: Dafont
Photo : Photobucket (: ; Deviantart (: